star_borderNew
whatshotHot

PERUBATAN AL-QURAN RAWATAN PENYAKIT KRONIK

Haji Lokman Abdul Hamid
In Stock
RM60.00
Quantity
Add to Cart Buy Now arrow_forward
DETAILS

 

Tajuk : Perubatan Al-Quran Rawatan Kanser

Penerbit : Must Read Sdn Bhd

ISBN : 9789672250807

Penulis : Haji Lokman Abdul Hamid

Halaman :  304 muka surat

Berat : 300 gram

Sinopsis:

Siri buku Perubatan AL Quran membuktikan betapa mujarabnya ayat-ayat Al Quran dalam merawat penyakit. Jika siri pertama berkisarkan penyakit kanser, siri kedua pula tampil dengan isu berkenaan 16 penyakit kronik yang sering dialami oleh rakyat Malaysia. Antaranya ialah penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung koronari dan strok.

Punca simptom dan langkah pencegahan dirungkai satu per satu dengan garapan gaya bahasa yang mudah difahami oleh golongan umum. Isu buku ini padat dengan kupasan bagaimana Al-Quran memiliki kuasa penyembuh yang tidak mampu dinafikan meskipun proses rawatan tersebut tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Inilah anugerah bagi insan oleh Allah SWT. Selain kaedah perubatan Al_Quran, buku ini turut memaparkan kaedah perubatan moden dalam merawat penyakit kronik.

Percayalah, tiada yang mustahil dengan izin Allah SWT.

Siapa yang perlu memiliki buku ini.

  • Mereka yang sedang menghidapi penyakit kronik.
  • Mereka yang telah mencuba rawatan perubatan moden, namun tidak menemui kesembuhan.
  • Mereka yang tidak kenal erti putus asa dalam ikhtiar untuk kembali sihat.
  • Mereka yang percaya mukjizat Al-Quran sebagai penawar.
  • Mereka yang ingin mengetahui dan membantu golongan pesakit ini.
  • Hadiah kepada pesakit yang menghidapi penyakit kronik. 

Buku ini juga sesuai untuk bacaan seisi keluarga yang ingin menambah ilmu pengetahuan tentang penyakit kronik dan cara-cara penyembuhan melalui perubatan al-Quran.

BIODATA PENULIS

Haji Lokman bin Abdul Hamid dilahirkan pada 24 Disember 1959  di Singapura. Beliau berumur 62 tahun.  Beliau berkelulusan Ijazah Muda Pengurusan Perniagaan dari University of Athens, Ohio USA dan Ijazah  Sarjana dalam bidang kewangan dari University of New Heaven, Connecticut USA. 

Sejurus menamatkan pengajiannya pada tahun 1986, beliau pulang ke tanah air dan mula bertugas bersama Sarawak Shell Berhad dan jawatan yg terakhir di sana sebagai Head Recruitment.  Seterusnya, beliau berkhidmat bersama  Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sejak tahun 1994 sehinggalah tahun 2010  dan memegang jawatan terakhir di sana sebagai Deputy General Manager . 

Ramai yang memanggil beliau “ustaz”. Namun, ramai yang tidak  mengetahui bahawa Tuan Haji Lokman bukanlah daripada aliran keagamaan, malah tidak pernah mendapat pendidikan pondok atau  pendidikan agama formal yang lain. Haji Lokman melibatkan diri dalam  perubatan Islam sejak beliau berusia 40 tahun setelah mendapat hidayah  daripada Allah SWT, hasil daripada pencarian beliau kepada kebenaran  ketika usianya lewat 30-an.

Sewaktu mula menceburi bidang perubatan ini, beliau masih lagi  bekerja di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Beliau merawat pesakit pada waktu malam selepas pulang dari kerja. Beliau merawat di kediamannya di  Bukit Antarabangsa sehinggalah berjaya membuka sebuah klinik di Sungai  Pusu, Gombak pada November 2006. Selama 10 tahun beliau merawat pesakit  tanpa meletakkan sebarang harga. Sebaliknya, beliau hanya meletakkan  tabung kebajikan. Para pesakit boleh menderma dengan ikhlas untuk  tujuan kerja-kerja kebajikan. Ketika itu, pendapatan beliau bergantung  kepada posisinya di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  

Pada tahun 2011, Haji Lokman mula serius dalam dunia perubatan  Islam ini. Beliau meletakkan jawatan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan menubuhkan  sebuah klinik, Pusat Rawatan Al-Hidayah yang terletak di Setiawangsa,  Kuala Lumpur yang mula beroperasi pada Februari 2012. Misi utama  penubuhannya adalah untuk memartabatkan penggunaan ayat-ayat al- Quran dalam ilmu perubatan, setanding dengan perubatan moden.

Pada September 2016, Pusat Rawatan Al-Hidayah telah berpindah  ke premis sendiri di Pusat Perdagangan Selasih di Batu Caves, Selangor. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT.  

Haji Lokman juga pernah dijemput mengisi slot-slot di televisyen  seperti rancangan dokumentari bertajuk Penawar Syifa sebanyak 13 episod  di Astro Oasis yang disiarkan dari Disember 2009 hingga penghujung  tahun 2010. Beliau pernah menjadi hos kepada program siaran langsung  dalam Segmen Syifa melalui rancangan TV9, Nasi Lemak Kopi ‘O’ pada setiap  pagi Jumaat sepanjang tahun 2011.

Pada bulan Oktober 2012, Haji Lokman telah ditawarkan akhbar  tempatan Utusan Malaysia untuk mengendalikan ruangan Perubatan Islam . Ia dipaparkan dalam segmen Panca Sihat setiap hari Ahad menerusi  Mingguan Malaysia. Ruangan soal jawab ini mengisahkan kaedah-kaedah  rawatan secara Islam untuk penyakit rohani dan jasmani. Melalui paparan  ini, beliau berharap agar dapat mendakwahkan lagu mukjizat al-Quran  dalam aspek perubatan kepada orang awam.  

Hasil sumbangan dari kutipan derma dari para pesakit di Pusat Rawatan Al Hidayah dan tanah wakaf daripada seorang pesakit, beliau telah membangunkan sebuah kompleks tahfiz di atas tanah luas 4 ekar di Janda Baik, Pahang.  Maahad Tahfiz Al Hidayah (MATAH) ini mula beroperasi pada tahun Januari 2013 dengan hanya 8 orang pelajar dan sekarang hampir 120 orang pelajar.  

Silibus yang diajar merangkumi akademik, hafazan dan kokurikulum.  Perlaksanaan pelajaran akademik berasaskan silibus Kementerian Pelajaran Malaysia bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.  Sehingga kini MATAH telah berjaya melahirkan 30 orang huffaz sejak penubuhannya, dan melahirkan hampir 40 orang alumni yg cemerlang dalam peperiksaan SPM.  

Selain itu, beliau juga mengendalikan pakej umrah untuk orang ramai dan pesakit-pesakit Pusat Rawatan Al-Hidayah. Antara keistimewaan  pakej Pusat Rawatan Al-Hidayah ini ialah membuat rawatan di dataran  Kaabah di dalam Masjidil Haram. Para jemaah dipimpin oleh beliau sendiri  untuk melakukan tawaf sunat dan juga bersama-sama berdoa dan solat  sunat di tempat-tempat mustajab seperti di depan Multazam, di dalam Hijr  Ismail, di belakang makam Ibrahim dan di Raudhah.  Bagi Haji Lokman, hidup ini serba ringkas. Niat dan doa merupakan  aspek terpenting dalam setiap usaha.

Beliau juga memiliki sebuah restoran yg bernama Dapur Petum yg terletak di premis yg sama di Taman Selaseh di Batu Caves.  Nama “Petum” adalah nama arwah ibu beliau yg meninggal dunia pada tahun 2013 dalam usia beliau genap 100 tahun.  Restoran ini menyediakan selera masakan kampong dan juga katering untuk majlis keraian.  

Fokus, tekun dan komitmen adalah  resipi utama kejayaan dalam hidup seseorang.  Latar belakang keluarga, Haji Lokman berkahwin dengan Puan Hajah Norma Muhammad pada tahun 1984 dan dikurniakan dua orang  puteri dan tiga orang putera. Anak sulung mereka, Dr. Noor Alia adalah  graduan doktor falsafah dalam bidang penyelidikan mengenai kanser ovari  dari University Of Adelaide. Beliau kini berkhidmat di Robinson Institute,  Universiti of Adelaide.  Manakala anak kedua mereka, Dr. Noor Dayana, lulusan Manipal University di India pula bertugas sebagai seorang pegawai perubatan di  klinik kesihatan di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Putera sulung mereka, Adi  Ikmal, graduan dalam bidang Automative Engineering dari Malaysia French  Institute (MFI) dan kini bertugas di BHP Shared Services Sdn. Bhd.  Anak keempat, Dani Aizat ialah graduan dalam bidang arkitek  dari Universiti Teknologi Malaysia dan sedang bertugas sebagai arkitek  di sebuah syarikat swasta. Putera bongsu mereka, Dhiya Aiman sedang  menuntut dalam bidang Pengurusan Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Haji Lokman juga mempunyai dua orang cucu, seorang cucu perempuan yang bernama Arissa Sofea binti Adi Ikmal berumur 6 tahun, dan seorang cucu lelaki yang diberi  nama Anas Ashraff bin Mohd Ashraff berumur 5 tahun.  

Cita-cita Haji Lokman pada masa hadapan adalah ingin  membangunkan sebuah hospital berteraskan integrasi berubatan  moden dan Islam pada suatu hari nanti. Insya-Allah, semoga Allah SWT  memakbulkan cita-cita murni beliau ini.

16 PENYAKIT KRONIK dibincangkan dalam buku ini.

1.  KENCING MANIS

2. DARAH TINGGI (HIPERTENSI)

3. JANTUNG KORONARI

4. STROK (ANGIN AHMAR)

5. HEPATITIS

6. PROSTAT BENGKAK

7. LEMAH TENAGA BATIN

8. NYANYUK (DEMENSIA)

9. RESDUNG

10. SAWAN (EPILEPSI)

11. SLIPPED DISCS (CAKERA GELINCIR)

12. JANTUNG BERLUBANG

13. GASTRIK

14. BATU KARANG

15. SISTEM LUPUS ERYTHEMATOSIS (SLE)

16. RADANG SENDI (ARTRITIS)

 

PHOTOS
back to top ⤴