whatshotHot

KOMBO INSPIRASI ARTIS

Sorry, we are out of stock
RM68.00
DISKAUN KOMBO
Buy any Kombo Buku (10%) and save RM4.60 EACH!
DETAILS

HARGA KOMBO: RM68.00 RM61.20

 

Tajuk 1 : Life Goes On 

Penerbit : Must Read Sdn. Bhd.

ISBN : 9789672038740 

Penulis : Siti Nordiana

Halaman : 290  muka surat 

Berat : 300 gram 

Sinopsis :

Dunia yang sekadar persinggahan, namun kita sering terlupa kepada yang namanya pinjaman, lalu kita lemas dalam ujian, hanyut dalam kecewa yang berpanjangan. Sedar dan bangkit dalam kealpaan, itu yang seharusnya kita lakukan, kerana akan lemahlah jiwa jika kita berlagak lemah, akan kuat semula jika kita berlagak gagah, biarpun tidak mudah dalam mengorak langkah, namun hati yang berat ini harus dipaksa-paksa.

Wahai hati yang hebat diuji, kau tak akan kembali kuat, jika tidak belajar untuk bangkit kembali, kau tak akan kembali tegar, jika nasibmu diserah bulat, kepada ujian yang melumpuhkan jiwa dan hati. Wahai hati yang dipalu hebat, kau tidak pernah terlambat, akan ada peluang dan kesempatan, kedua, ketiga, dan akan datang, asal kau terus cekal mendepani ujian demi ujian.

 

Tajuk 2 : Cahaya Terang di Negeri Orang

Penerbit : Must Read Sdn. Bhd.

ISBN : 9789672038757

Penulis : Oki Setianadewi

Halaman : 224 muka surat

Berat : 400 gram 

Sinopsis :

“Jelaskan kepada kami, apa itu Islam?”
“Apa itu jihad?”

“Apa itu makanan halal?”

“Bagaimana cara ibadah kamu?”

“Adakah kamu tidak mati jika berpuasa?”

“Kenapa kamu pakai tudung? Apa fungsinya?”

Tiga negara.

Kesemuanya mempunyai minoriti penduduk yang beragama Islam.

Bagaimana kita dapat memberikan pemahaman kepada mereka?

Bagaimana kita dapat belajar daripada mereka?

Oki Setiana Dewi menjelajah ke tiga buah negara. Mengunjungi komuniti Islam di sana. Berdialog dengan golongan bukan Muslim. Bertemu dengan pelbagai kepercayaan dan anutan.

Semuanya dengan satu tujuan.

MENCARI CAHAYA TERANG DI NEGERI ORANG.

PHOTOS
back to top ⤴