whatshotHot

KOMBO ANIE ALJA (1. Filosofi Mak Singa 2. Filosofi Bawang 3. Moving Out)

Anie Alja
In Stock
RM76.00
Quantity
Add to Cart Buy Now arrow_forward
DISKAUN KOMBO
Buy any Kombo Buku (10%) and save RM4.60 EACH!
DETAILS

HARGA KOMBO: RM76.00 RM68.40

 

Tajuk 1: Filosofi Mak Singa

ISBN : 9789672062196

Penulis : Anie Alja

Halaman : 247 m/s

Berat : 210 gram

Sinopsis: 

Buku ini sesuai buat mak yang keletihan. Mak yang percaya mereka akan pergi suatu hari nanti dan anak yang harus dilengkapi dengan ilmu kemahiran hidup. Mak yang tidak mahu anaknya menyusahkan orang sekeliling apabila dia sudah pergi bertemu Tuhan. Tapi mengapa ‘singa’? Ya, kita garang bukan dengan niat menbunuh anak-anak. Sakit kot beranak, ingat senang ke? Niat kita hanya mahu menasihati dan mengingatkan anak-anak supaya mereka kenal adab dan disiplin. Menghormati dan berbudi bahasa kepada mak ayah dan orang sekeliling. Kuat daya tahan, bercita-cita tinggi dan jangan mengharap duit KWSP mak ayah. “Filosofi Mak Singa adalah ilmu keibubapaan yang tidak akan jumpa dalam mana-mana buku keibubapaan zaman moden. Ia berkisar ilmu keibubapaan mak bapak kita dulu-dulu yang tegas dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Inilah buku yang memberi jawapan kepada mereka yang hendak tahu mengapa mak bapak moden hari ini melahirkan’TUAN’.” -KHAIRUL ABDULLAH- (Penulis buku MENTALITI JAMBAN & UNTUNGLAH MALAYSIA MASIH AMAN

 

Tajuk 2 : Filosofi Bawang

ISBN : 9789672062394

Penulis : Anie Alja

Halaman : 257 m/s

Berat : 200 gram

Sinopsis: 

Sebuah buku yang ditulis oleh penulis bestseller, Anie Alja yang terkenal dengan tulisan tajam dan sarkastik beliau, selepas buku Filosofi Mak Singa. Filosofi bawang bukan sekadar buku membawang kosong, tapi penuh dengan teguran terhadap fenomena masyarakat kita, yang bakal menjentik hati pembaca dan membawa kesedaran untuk mengubah keadaan kepada yang tidak betul kepada betul. "Dalam kebanyakan orang Melayu, sifat bawang ini berakar umbi dalam diri. Kita selalu rasa dibuli, dianaktirikan dan dibawangkan oleh orang keliling.Kita sering rasa diri menjadi mangsa keadaan, mangsa orang lain, seolah-olah kita tidak mampu berbuat apa-apa. Diam-diam beriman konon."

 

Tajuk 3: Moving Out

Penerbit : Must Read Sdn. Bhd.

ISBN : 9789672038153

Penulis : Anie Alja

Halaman : 192 muka surat

Berat : 200 gram

Sinopsis:

Agak-agak selepas lima, 10 atau 15 tahun lagi kita di maa dan buat apa? "Suami saya selalu menjentik soalan ini ke dalam minda saya.

Entah! " respo saya tanpa berfikir panjang. Malas memikirkan benda yang tak nampak.

Ermm... bosan juga, kan? rutin, dan rutin "tanpa sedar saya mengeluh kebosanan.

Saya mengakui, sejak lebih lapan tahun kami pulang dari luar negara, kami menjalani rutin hidup yang sama. Namun satu soalan daripada suami saya merungkai sebuah harapan untuk saya dan anak-anak. Bertitik tolak daripada satu soalan itu, maka itulah detik permulaan perjalanan hijrah kami ke australia.

PHOTOS
back to top ⤴